Friday, December 30, 2011

It's Quite An Experience

no photos are available in this post 

Hye :) So , 27th December tu , aku pergi Universal Studios , Singapore . Dengan my aunties an uncle and adik . And , kitorang dah naik dah Transformers : The Ride :D Cool gila . Beratur dia agak2 1km jugak ehh . Serious aku tak tipu .
Okay . Lepas kitorang keluar dari ride tu , kitorang nak pergi rollercoaster merah biru tu . Tengah beratur2 tetiba Cik Imee dapat call . Mula2 ingatkan takde pape . Cik Imee cakap "Guys , kita pergi sini lain kali je ehh ? Kita kena balik sekarang . Ada emergency ." Wajah pertama yang muncul dalam minda aku , mak aku . Then , yang lain2 . Cik Imee kata lagi dekat Aunty Kem and Uncle Aish "Nenek (Moyang aku) just passed away ." On the spot kitorang balik . Masa tu lebih kurang pukul 12.15 . Next bus pergi JB pukul 12.30 . Kitorang pun tunggu je bas . Kitorang berlima je naik bas tu masa tu .
Dah sampai JB , naik teksi and . . . akhirnya sampai rumah Nekmi . Tengok Toknyang dah ada kat ruang tamu :'( Orang tengah baca Yassin . Aku , adik and Cik Imee pergi balik tukar baju . Lepastu , kitorang uruskan jenazah apa semua . Time tengah mandi tetiba aunty dari KL baru sampai . Nangis :'( Aku taktahan , aku pun nangis . Alhamdulillah , Toknyang selamat dikebumikan lepas Asar .

Kita yang masih hidup , teruskan hidup . Atok kata Toknyang pergi senang :') Tak tenat or nazak or anything . Semoga roh toknyang dicucuri rahmat dan tenang di sana . Aku cium dia masa dia hidup dengan dia dah takde , memang lain :'(

Al-Fatihah .

No comments:

Post a Comment