Friday, February 3, 2012

Wonderful moments

Assalamualaikum ! (Gaya Professor Izzi Haji Ali)

Wah! Macam dah lama je tak update blog kan ? Hehe . So , hari Rabu lepas aku pergi koko . Bola Baling -.- Penat ehh . Aku , Fatin , Nurinn dengan Khaliesah pergi . Pergh ~ Penat gila wehh . Cikgu suruh lari keliling padang 5 kali . Aku lari 3 round dah macam orang nak beranak tahu ? Tengah lari round ketiga tu , Cikgu tanya "Dah round ke berapa?" Aku cakap "4" *trollface dalam hati* Lepastu cikgu cakap lari lagi satu pusingan . Masa aku tengah lari tu aku dengar orang berbual . 
Orang kat tepi padang : Wehh , kau dah berapa round ?
Entah siapa pun aku tak tahu : Enam .

Aku dekat situ dengar dia cakap macam o__o Enam ? Gila ah ! K, sambung . Lepastu duduk dekat tengah padang tu . Warm up segala bagai . Then, cikgu tanya "Siapa yg nak masuk team sekolah berlatih kat sini. Yang tak nak masuk team sekolah pergi latih kat sana" Aku pun , tak nak masuk team sekolah , aku pergi Sana . Lepastu aku dgn orang yang tak nak masuk team sekolah ni mainlah . Lepastu latih shoot . Ceh , aku dah lah jadi goalkeeper makan gaji buta . Aku duduk dekat dengan tiang gol tu , orang nak shoot je kena palang . Bila aku dapat tepis je aku bangga . Hahaha ! Tapi bola tu asyik kena palang je . Sebab tu aku cakap aku jadi goalkeeper makan gaji buta . Sebab aku tak payah buat apa-apa . Lepastu balik . 

Okay , tadi masa bina insan aku dgn kawan2 kadet polis aku (cehh, ayat) pergi anjung ilmu sebab ada benda perlu tahu . Aku pun duduk situ dengar apa Kak Nik cakap . Esok sepatutnya ada latihan kawad dekat sekolah . Tapi aku cakap kat Kak Nik aku takboleh datang asal hal-hal tertentu . Kak Nik cakap aku nak sambut Thaipusam -.- Ye , Kak Nik. Saya mmg nak sambut Thaipusam . Hehe . 

Okay , selamat bercuti ! Aku nak pergi Vietnam . Literally . Aku mmg akan pergi Vietnam . So , nanti aku bagi souvenir kat korang . Siapa cepat dia dapat . 

Line internet slow gila skrg ni . Tahu tak aku rasa macam nak online atas pokok ?


Hehehe .

No comments:

Post a Comment