Monday, April 30, 2012

Kehilangan seorang kawan .

Assalamualaikum semua :')



Hari ni aku nak kongsi kesedihan dgn korang semua . Nak cerita yang kawan baik adik aku , Syazwina Aida , nak pindah sekolah kat Batu Pahat . Adik aku sedih gila . Tadi aku tunggu dia balik sekolah . Dia keluar-keluar sekolah nak pergi kat aku , dia peluk Wina . Sampai kat aku dia terus nangis . Sampai sekarang pun belum stop . 

Tiba-tiba , aku teringat masa aku Form 1 . Masa tu , aku , Fatini ngan Rozaireen dapat masuk sekolah kat situ . Dyorang je lah kawan-kawan aku . Peneman aku pergi mana-mana . Bulan 1 Fatini pindah . Aku sedih gila . Hari-hari nak nangis . But at least masa dia pergi , aku tahu Rozaireen masih ada kat situ . Bulan 3 Rozaireen pulak pindah -.- Lagi sedih tahap Kak Jemah . Sedih gila . Aku rasa macam nak ikut je diorang pindah . Tapi , aku tak pandai macam diorang kann . Hmmm . Redha je lahh . 

Aku ingat lagi Fatini ngan Rozaireen selalu kena usha ngan senior . *meanwhile aku just duduk situ . . . * Dulu Rozaireen selalu cite pasal Uda tau . Aku tak kenal langsung . Aku baru tahu siapa Uda tu bulan ni . Hebat tak aku -.- Yang selalu ngengada panggil aku Adik orang tu lah -.- Serious , dulu aku tak kenal sesiapa pun dekat sekolah kesayangan aku ni . Biasanya Rozaireen yang buat aku kenal . Tapi , sebab dia pun dah pergi . . . Sedihlah nak cite . 

Sebab kawan , kan . Kita luahkan semua benda dekat dia . Buat benda sama-sama . Dulu aku selalu sangat lepak kat tangga sebelah kelas ngan Rozaireen . Lepastu , tunggu bawah pokok masa balik . G toilet sama-sama :') Tak heranlah kenapa adik aku nangis2 . Lepas diorang pindah , aku duduk sorang2 je . Macam orang gila tahu tak ? Nasiblah sebelum diorang pindah diorang kenalkan aku dengan budak2 kat sini . At least , takde Forever Alone sangat . 

Apa pun , aku rindu kawan lama aku :') 

p/s : Ahad ni keluar jom . Celeberate waa punya birthday ! Muehehe .



No comments:

Post a Comment