Monday, April 23, 2012

Monday Blues

Assalamualaikum semua :D

Adui . Laparnya perut . Tapi , takpe . Aku terlalu malas nak turun bawah minum susu . Hmmm ~ Baru hari Isnin ke ? Macam bosan je . Lama lagi nak hari Sabtu . Tu pon aku ada tusyen hari sabtu . Kalau Sabtu ni ada koko , aku tak nak pergilah . Bazir masa je -.-

So , hari ni aku bangun lambat , so semua jadi lambat . Aku sepatutnya bangun pukul 6.10 am . Tapi tadi aku bangun pukul 6.30 . Dah pakai baju , solat Subuh , ape semua . Aku baru teringat aku belum print benda untuk BI . Pergilah bukak desktop kat hall tu kejap . Dah lah lambat , salah print pulak tu -.- Nasib ohh nasib . Dah habis print tu sempat breakfast relax2 lagi . Dengan tali kasut yang belum pasang dsbgnya . Hadoi . Aku rasa memang aku kena tahan sebab lambat hari ni . 
Dah siap apa semua baru aku gerak . Sampai sekolah , pintu pagar belakang masih bukak . Ayah drive pon relax2 je . Aku dalam hati dah macam : Ayah! Drift je yah! Kakak dah lambat ni ! Jejak je kaki dekat sekolah , pak guard tu tutup pintu . Fiuhh~ Right on time . Aku pun masuk sekolah LIKE A BOSS . 
Masa perhimpunan aku buat BI . Sebab baru pagi tadi print , semua pon jadi kelam kabut . Aku pon salin script aku utk presentation BI tu . Fyi , aku siapkan BI sampai pukul 2 pagi , okay .
Lepas perhimpunan PK . Macam tak ada apa-apa sangat . Lepastu KH . Masa KH kitorang buat kerja kursus elektronik . Pemateri kitorang selalu dapat yang malang . Tadi tangan Khaliesah kena pemateri tu . Hahaha attan ! Lepas Kh , . . REHAT ! Yay ! Masa rehat , macam biasalah . Aku dengan Khaliesah yang selalu jaga meja . Kitorang booking awal2 . Kalau lambat turun , memang tak makan atas meja lah jawabnya . Tengah aku duduk2 tunggu orang beli makanan , tetibe Khaliesah kata : Syahira , jangan pandang belakang .  Ada Sugen . Aku gelak tau . Hahaha . Lepastu tetibe kat belakang aku dah dengar diorang bersuara -.- Tadi masa rehat aku beli keropok lekor tau . Tapi tak habis . Simpan je dalam poket . Nanti masa Sejarah boleh makan . 
Last2 kau tahu tak apa ?! Masa Bi , tak sempat turn kitorang dah habis masa dah -.- Sedih tahap siamang ni . Punyalah penat aku cari apa makna Typhoon tu . Sampai aku tak faham apa yang wikipedia merepek , aku pergi search 'What is Typhoon for Dummies' tapi tetap tak jumpa . Masa Sejarah , kitorang buat periksa . Aku dapat 27 out of 60 . Hahaha ! Hebat kan aku ? Aku tahu tu . Aku buat sampai tertidur . Bila aku tengok balik soalan tu , aku rasa macam : Bila masa aku buat soalan ni ?! 
Lepas Sejarah , Agama . masa agama aku rasa macam tak tahan nak kencing tau . Tapi aku tahan sampai balik rumah sebab bau tandas sangat menusuk alveoli aku . So , aku just tahan and tengok kumpulak Khairul buat presentation . Serious aku ngantuk masa tu . Bila ustaz tanya mana Gayvien , Khaliesah dah offer dulu nak cari . Aku pon ikot je lahh , Aku pon cari dengan Khaliesah . Oh , btw , masa aku lalu depan kelas budak-budak yang suka sangat panggil aku Adik Amy tu , aku dengar ada orang panggil nama aku tau . Bunyi macam ala-ala Sepanyol siki . Mula-mula aku dengar aku teringat Shakira . Aku pon hanya mampu tergelak je . 
Bla3 . Aku pun balik . And Khaliesah ada cite satu benda yang ada sorang budak tu buat . Jahat gila weyh ! 

p/s : Gua masih belum siap maths tau . Tapi aku dah ngantuk ,

No comments:

Post a Comment