Saturday, July 21, 2012

Hari Kokurikulum







Assalamualaikum :D


Aaaahhh ! Sekarang ni Hari Sabtu , First Ramadhan . Tapi , aku nak cerita pasal Hari Koko masa tu . Okay . Sedia ? Mula ! 

Pagi2 lagi aku dah bangun . Tak de lah pagi mana . Pukul 7.15 jugak keluar rumah -.- Dah sampai sekolah , jumpa cikgu nak check nama untuk amek hadiah . Dah tu , siap2 pakai beret , rantai , kasut apa semua . Aku punya glove dua2 belah kiri -.- Cool tak ? Ok ok . Lepas tu kitorg pon diri kat tgh2 dataran tu . Aku berbual lah dengan Hanep . Dia cite pasal dia terer zapin lah . Pebenda lah . Dia cakap adik aku derhaka sebab tak nak amek gambar aku xD Ntah pape je , bak kata Abang Raja . 

Lepastu , VIP pon sampai . Bapak lambat gila dia sampai , kan -.- Tahu lah orang besar . Janganlah buat kitorang berdiri lama-lama kat tgh2 dataran tu . Dah lah panas . Lepastu , mulalah Bonda berucap . Masa tu aku boleh tahan lagi . Masa VIP tu berucap , aku dah tak nampak apa-apa dah x_x Aku cakap ngan Hanep yang aku tak nampak apa-apa . Dia suruh aku keluar . Tapi aku tak nak . Masa VIP tu tengah rasmikan majlis , aku cangkung kejap . Agak-agak aku dah nampak semuanya balik , aku pon berdiri balik . Nak pitam tahu tak -.- Habis je , aku pon pergi beratur nak amek hadiah *muka berseri-seri* Hahahaha . 

Bila time aku nak amek hadiah tu , sempat amek gambar lah pebenda . Tiba-tiba bila cikgu announce nama aku , geng Farah tu sorak . Tu aku tak kisah . Tetibe aku dengar budak-budak kat kaki lima yang dekat-dekat kantin pon tepuk tangan sorak2 . Malu gila -.- Seriously malu . Masa Nurinn pon sama . Budak-budak tu jerit Sugen xD Aku rasa macam nak gelak guling2 atas lantai . Tapi control . Ecehh . Hahahaha xD 

Dah habis amek hadiah , aku g kat Fateha . Aku tak cakap apa-apa lagi , tiba-tiba Aliah kata aku dah hot xD Ntah pape je . Aku duduk situ buat apa pon aku tak tahu . Aku pon pergi tukar baju . Selesa sikit . Aku pon mulakan operasi aku amek gamba . Aku amek gambar dorang Flashmob . Best ! Aku dengan segala tidak malu nya g tengah2 bulatan diorang buat nak amek gamba . Waka Waka Eh Eh ! 

Lepas tu ada permainan . Weeheehee . Adik aku kata masa main baling kelapa tu dia tak dapat jatuhkan satu botol pon xD Hahahha . Adik kena belajar daripada kakak . Ceh , belagak . Aku pegang kelapa pon tak pernah . Then , ada main pecah belon . Aku nak gelak banyak2 tengok game ni . First , aku tengok kumpulan Buaya Biawak , kalau tak silap , lawan kumpulan mana ntah . Ganas sehh Terry main . Hahahah xD Kesian sorang budak perempuan tu jatuh . Hahahaha ! Lepas tu , tinggal sorang je . Terry jerit 'Weh , tu tinggal sorang . Kepung !' Kesian gila budak tu xD Lepas tu , aku tengok Team Terry ni lawan Team Sugen xD Lagi lawak . Lagi lawak ! Kumpulan Terry ramai perempuan tau . So , bila sorang dpd team Sugen kejar , satu kumpulan lari xD Nurinn kata diorang kejar dah lah macam perogol bersiri . Siapa tak takut . Hahahahahaha ! Lepastu ada gaduh sikit . Haih , kadang-kadang aku jealous dengan belon ni . Ada jugak orang bergaduh pasal dia . Aku ? Hehehehe . Tipu je .  

Dah habis semua tu , aku pon jalan-jalan je lah . Amek gambar . Oh , cakap pasal gambar , nanti aku masukkan dalam Pesbuk eh . Tengah tapis2 gambar ni . Hihihi . Okaylah . Bye . 

Kuharapkan Ramadhan kali ini penuh makna :) Selamat Berpuasa , semua :D Moga ibadah kita hanya untuk Allah dan diredhai Allah . 

No comments:

Post a Comment