Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya :D


Assalamualaikum semua :D 

So , how's you raya ? Aku ? Muahahaha . Mak Jenab kaya nokk . Hohoho . First day raya macam biasa kat Taman Daya . Syahdu betul time salam-salam tu . Aku tahulah aku banyak buat dosa -.- *amek pisang ketuk kepala* Lepas salam-salam tu kitorang makan . 

Haaa , ni yang nak cerita ni . Aku tolong masak tau hari sebelum tu . Bukan masak sebenarnya . Aku cuma goreng tauhu , perah santan , kacau-kacau lauk . Okaylah tu , kan ? Daripada tak tolong . Sambal jambi the best (Y) . Itu Cik Imee I yang masak tau . Aku ni pulak masa dah nak dekat raya tu tetibe takleh puasa . *senyum malu-malu gaya ala-ala Rosmah* So , aku jadi juri tukang rasa masakan semua orang . Tengah goreng-goreng tauhu masuk satu dalam mulut . Adik jealous , dia marah . Hehe . Tengah-tengah orang sibuk masak-masak di hari yang terik haritu , aku dengan selambanya bukak peti ais amek air cincau . Tuang dalam cawan , teguk dengan sepenuh perasaan .  Adik bengang je tengok . Mesti dia rasa macam nak humban je aku dalam washing machine tu . Hahaha . 

Lepas lepak2 jap masa first day raya to kat Tmn Daya , then , awayyy to Pontian . Aku tak suka betul ramai budak2 . Aku rimas GILA . Masa tu aku tengah duduk diam-diam tetibe ade je budak kacau aku . Aku angkut dia baling luar tingkap dari tingkat atas . Oh . Tak . Itu hanya bayangan . Kat pontian aku tak buat apa sangat . Tapi , pagi esoknya tu aku g raya rumah Tok Buyut aku . Dia moyang aku . Hehehe . Masa aku raya kat sana , aku main iPad kat tengah-tengah halaman tu dengan Irfan , Kamila ngan Imran . Orang lalu-lalang bagi duit raya . Yang bengangnya , diorang kasi kat Irfan , Kamila ngan Imran je . Aku dia skip -.- *naik zebra lari jauh-jauh* Maka , duit raya aku lagi sikit dari cousin aku . Yelah cucu paling tua *flips hair* 

Tapi , apa pun , aku enjoy ah . Hari ni aku nak keluar beraya ngan Jemah-Jemah aku . Hehehe . Sebelum aku tekan butang publish tu , aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca . Cewahh . Bajet retis . Ha ha . Aku nak mintak maaf kalau-kalau aku ada buat salah kan ? Aku sengaja ke , tak sengaja ke . Maafkan aku ehh ? And kepada sesapa yang pernah buat salah ngan aku , aku dah maafkan *buat muka paling suci macam Nora Danish pakai telekung* 

Okaylah , aku dapat call tadi . Amy Seach nak duet lagu raya ngan aku . Hahh . Busy betul aku sekarang ni *muka belagak gaya Neelofa* 

p/s : Duit aku dah enam rat . Kahkahkah . Aku kaya ! *baling duit ke langit*





No comments:

Post a Comment