Wednesday, August 8, 2012

Trial Ohh Trial







Assalamualaikum :D


YAY YAY ! NAK TRIAL ! 

Buang tebiat ke apa aku ni pun aku taktahu . Makin nak trial , makin gila aku jadinya . Hari ni first day trial *sepak muka guna penyapu jiran* Tadi periksa Sivik dengan Seni . Sivik ? Hello , tengok oranglah . sivik aku punya hebat , takkanlah tak boleh dapat A *belagak tahap badak menang loteri* Sebenarnya aku banyak hentam je tadi . Sebab aku tak baca . Seni ? Hahahah ! Takpayah tanya . Tengok jari-jemari runcing aku yang mulus ni pun dah tahu aku memang fail seni . Soalan suruh lukis perkampungan nelayan pada waktu senja . Apa yang aku dapat nampak adalah tempat pelupusan sampan pada waktu pagi . Banyak sampan je -.- Lepas ni aku kena suruh Maya Karin ajar aku seni . Dia kan ada Encik Hariz Ombak Rindu . Mesti pandai seni . *memang takde kena mengena*

Aku sebenarnya memang ada niat murni nak belajar ni . Tapi , esok BM . Aku tak tahu nak belajar apa . Buku latihan pun takde . So , dari tadi aku asyik terbayang mee kari nenek buat masa tahlil arwah toknyang .  Dijamin sedap sehingga menjilat pinggan mangkuk orang sebelah *gaya buat iklan pati ayam maggie* Huhh ! Lapar gila . Padahal baru pukul 5 . Eh ? Dah pukul 5 . Lagi dua jam lebih *sambil tenung jam kat dinding dengan penuh menggoda* 

Sebenarnya , aku pun dah penat taip . So , lepasni aku nak belajar sungguh-sungguh lepastu , nak hire orang taipkan untuk aku . Bersedialah korang yang taknak belajar sungguh-sungguh *muka bajet garang , bengis , Hulk , Happy Tree Friends dan Merong* Jadi aku punya tukang taip . Betapa hinanya kerja aku offer tu -.-

So , ok . Aku rasa nak tolong bibik aku masak kat bawah . Ataupun aku nak tengok Asian Food Channel . Aku memang suka mendera perut aku ni . Korang jangan sesekali tiru aksi ini di rumah . Kalau tak aku tembak sorang-sorang pakai buah pisang kuasa tinggi .

p/s : Goodluck kepada semua PMR candidates . I Love You . Buat elok-elok . Nanti dapat keputusan gempak-gempak . Weehee :) Dah nak Raya :D 

No comments:

Post a Comment