Wednesday, September 5, 2012

Dugaan adik :'(

Assalamualaikum :)



Adik :') Seorang yang selama ni aku kenal yang suka senyum . Suka buat lawak . Suka ketawa . Tapi keputusan yang atok aku buat buatkan adik aku berubah 360° . Kenapa ? Korang SEMUA tahu kalau kita sayang orang tu , mesti tak sanggup berpisah . Adik aku pon macam tu lah . Aku tak faham kenapa atok aku sampai macam tu sekali dia mintak -.- *amek tissue lap air mata*

Senang kata , atok aku tak kasi adik aku ada boyfriend kalau tak buruk padahnya . Otw balik sekolah , adik cite ahh pasal ni kan . Masa tu air mata dia dah bergenang dah . Aku nak aja amek hankie aku lapkan air mata jernih dia tu . Ceh , macam aku pulak boyfriend dia . Haha . Lepastu , masa balik tu , adik cite sampai habis . Dia tak nangis masa ni . Cuma masa dia cerita tu , dia ada senyum sikit-sikit tapi air mata keluar . Nangis ke tu ? Tak kan . Boleh tak dia mintak nasihat aku ? Seriously ?! Aku ni dah terkedu kat situ tak tahu nak kata apa . Aku tak de pengalaman pon dengan boyfriend boyfriend ni . Aku just cakap ngan dia kalau nak bgtahu bf dia , bagitahu face to face . Nak nangis , nangis je . Biar nampak keikhlasan tu .

Hari berikutnya , *ayat bajet novel* dia cakap kat aku . ( masa ni kat sekolah ) 'Kakak , adik dah cakap kat dia.' Tapi masa tu aku bengang sangat sebab hal-hal tertentu , aku just cakap 'Okay' . Okay ? Okay ?! Ape jenis kakak lah aku ni . Oh , sambung cerita . Lepastu , masa balik sekolah , adik cite ahh . Masa balik tu dia masih senyum lagi . Walaupun aku tahu dia tengah sedih tahap mak bedah tu .

Malam tu adik IM aku kat pesbuk . Ceh , canggih kan kitorang ? Dia cakap 'Kak , masuk bilik adik kejap.' Aku pon masuklah . Dia tepuk-tepuk carpet suruh aku duduk . Aku pun duduk . Dia cerita yang dia dengan bf dia terpaksa berpisah demi kebaikan semua . Tapi dia tak nak . Lepas dia dah cerita tu , air mata aku ngalir enn . Malu ahh aku cemni . Tapi depan adik kan , tak kisah ahh . Aku dah taktahu nak kata apa dah . Memang masa tu dalam pikiran aku 'Aku nak kata apa ni ? Takkan nak nangis je ? Tapi aku takpernah ada boyfriend . Ahh , hentam je lah nak kata apa.' Aku pun tanya dia 'Habis ? Adik nak tunggu dia sampai habis sekolah ?' Adik angguk pelan je . Tiba-tiba dia peluk aku dan tangisannya makin kuat *ayaaattt* Aku pon masa tu dah teresak-esak nangis . Tetibe rasa kesian ngan adik sebab selama 6 bulan dia dengan bf dia , aku tengok dia bahagia . Lama jugaklah kitorang nangis sama-sama dalam bilik tu tanpa cakap apa-apa . Kalau aku sedih dia mestilah tiga belas juta empat ratus kali lagi sedih .

Aku kesian kat adik aku . Selama 6 bulan tu nanti dia mesti bertepek kat aku cerita pasal dia dengan bf dia . Ketawa-ketawa . Lepas ni takde lagi dah . Takde lagi dia nak heret aku g kedai-kedai sebab nak beli hadiah untuk bf dia . Takde agi dah aku nak kacau-kacau dia pasal bf dia . And , lepas ni macam mana entah aku nak cakap kat Kamila jangan kacau adik dengan nama bf dia lagi . Nanti adik sedih .

Kadang-kadang aku fikir . Kenapa benda ni tak jadi kat aku dulu . At least adik aku tak kena . Kenapa tak aku ? Kenapa mesti adik aku yang lalui . Biarlah aku sakit . Janganlah adik aku . Aku sayang sangat kat adik aku . Kalau orang lain dah lama aku tunjuk hasil pembelajaran Taekwondo aku selama 5 tahun tu . Tapi atok aku tu . Takkan nak Taekwondo -.- Tak pasal-pasal masuk surat khabar 'CUCU DERHAKA TAEKWONDO ATOK SENDIRI' Lagi sedihhhhh -.-

Apa pun , kakak akan selalu doakan korang agar dipertemukan lagi di lain hari *ayaaatttt* Semoga korang jodoh panjanggggggggg sangat-sangat . Orang kata tu , kalau dah jodoh tak ke mana . Okay ? Lepas ni merajuk tak nak balik Taman Daya sampai PMR . Tambah lagi dua minggu . Nampak tak ? Lama kan ?

p/s : Kakak will never , NEVER stop praying for you two . And adik , don't give up :') Kakak loves you . 'Til death .

No comments:

Post a Comment