Wednesday, September 19, 2012

Every hello ends with a goodbye :)

Assalamualaikum :)


Hye ebelibadi . Pekabo ? Aku ni sebenarnya baru balik dari rumah Cik Patini kita tu . Dia kan saja buat aku jealous naik motor dia . Takpe Fatini , Takpe ! Ok ok . Back to the story . Tahun ni aku Form 3 . Okay , tu Mak Jemah belakang rumah aku pun tahu . Tapi aku nak tekankan yang tahun depan ramai budak2 aku pindah . Budak2 aku ? Ape ke pelik bunyinya tu . Takpe . Aku nanti sedih dah tak ada diorang . Aku pikir aku nak duduk je dekat sekolah aku yang tersergam indah tu . Aku rasa sayang nak tinggalkan sekolah tu walaupun sebelah hutan kan . Nasib -.- Dulu sekolah sebelah loji , lepastu sebelah hutan . Aku ni memang orang yang dekat dengan alam sekitar . 

Nanti kan , tahun depan kan , aku kan , tak dapat lagi dah nak tengok kawan2 aku kat dataran tu setiap pagi aku g sekolah . Masa rehat biasanya Fatin selalu lari dulu g kantin cop tempat lepastu beli makanan . Khaliesah selalu suruh aku teman dia belikan keropok lekor yang dalam satu plastik ada 3 helai je -.- Abg kantin memang kedekut ! Nanti aku dah tak dapat tengok Nurinn gaduh dengan Khaliesah sebab nak sikit bekal Khaliesah . Nanti aku dah takde tengok Fatin rasa nak nangis sebab nasi goreng pedas rasa macam makan belacan begitu sahaja . Lepastu , aku dah tak ada geng nak ponteng konon cari cikgu lah , tanya pasal SBP lah menda lah . Tak de agi dah . Tak de sape lagi nak dengar kisah bangang aku dengan kerush aku yang babi dalam pantang -.- Takde lagi Nurinn nak stay petang2 buat bising kat library . Bajet macam library tu dia punya je . Memang library tu abang kau buat untuk kau sorang je , Nurinn ! Nanti setiap hari Jumaat aku takboleh nak pergi kedai mak Fatin lepak-lepak , tidur-tidur lepastu adik dia amek gambar aku tidur -.- Rasa macam nak baling pisang kuasa tinggi aku ni je . Lepasni , tak de lagi Nurinn jerit 'Weh ! Sape nak pergi kedai depan ?!' Macam orang hilang abang . 

Tak lupa jugak *ayat bajet novel* kawan-kawan Form 5 aku . Tahun depan diorang manade lagi dah :') Aku dari Form 1 kat situ kan , rasa sayang tu dah tersemai dah . Cewah ! Ayat bajet novel lagi . Terasa macam nak baling sebijik lori atas aku kan . Nanti aku tak boleh nak jumpa isteri pertama aku aka Kak Nik lepastu mengadu pasal anak aku aka Nurinn yang makin lama makin derhaka dengan aku . Kahkah x) Lepas tu tak boleh dah nak kacau-kacau kerushes kawan-kawan aku . Kalau nampak diorang je ada je aku nak jerit . Lagi-lagi Najwa . Hahahh ! Beras ehh :) Walaupun aku baru kenal Syida tahun ni , aku sayang dia tau ! Sampai Cikgu Norizan kata dia kakak aku -.- Muka sama ke cikgu ? -.- Sikit pun tak . Aku kenal Syida sebab apa TAHU TAK ? sebab masa tu uda dia g curi gamba aku lepastu tag ramai2 org kata aku ni adik org tu -.- Kebabian tak nak tunjuk lagi . Takpe2 . Satu hari nanti aku jumpa dia aku baling piano kat atas kepala dia . Oh , yes . Yang paling penting aku dah tak dapat nak kacau Nurinn dengan Sugen . Tibatiba dah jadi hobi aku sekarang ni . Tapi aku kacau bila budak tu takde . Bila dia ada terasa kebengisan dia yg buat aku rasa takut -.- Bangang , kan ? Lepas ni tak de dah aku nak panggil Nurinn tu Sugen xD Dia selalu bengang . Aku paham . Kahkah . Takpe . Tahun ni last . Nanti kau dah pindah KL mana ada kau dapat 'abang' macam Sugen yang nak protect kau daripada kena buli . Abang ke ? Teehee :) 

Apa pun , aku tak boleh nak buat apa . Memori tu sesuai untuk dilawati bukan untuk didiami . Ayat bajet novel to the maximum -.- Aku harap lah kan , korang akan bahagia kat sana tanpa aku yang handsome ni . Lagi-lagi Nurinn . Kau mesti bahagia kan takde lagi orang nak cakap yang kau ni buah hati orang tu :) Aku nak kau ingat hari last aku ejek kau buah hati dia . Sorry kalau macam banyak sangat aku ejek kau . Sebab tahun depan dah tak ada lagi dah . Hahahh ! 

And kepada kerush aku yang aku tak berapa nak sanjung sangat ,
Aku harap kau jumpa arah tuju hidup kau . Aku tak akan lupa nak doakan kau setiap kali aku berdoa . Oh , sedikit geli di sini *amek pisang ketuk kepala* Aku pon agak berharap nanti kau bahagia , lah , eh ? walaupun bukan dengan aku Ok ? Kbye . 

Aku sayang SEMUA kawan aku :') Korang ciptakan apa yang tak ada dalam buku Sejarah , Geo , Science , Maths . Korang cipta satu kenangan yang aku kompem tak akan lupa . Unless aku kena langgar kereta lepastu hilang ingatan macam drama2 melayu sekarang ni . Tak melayu , indonesia pun boleh . 

Kalau aku sakit ke ape ke , janganlah pemalas tahap singa panjat pokok nak jenguk aku . Tau . Jangan lupa aku tau . Tapi , aku tak paksa . Nanti dah Form 4 banyak benda nak kena ingat , nak hilangkan aku dalam kotak memori pon boleh . Terkilan tu ada lah sikit , tapi apa kan daya . 

I lebiu ALL !! all iz well :)

p/s : aku tak tahu kenapa aku letak gambar tu -.-

No comments:

Post a Comment