Sunday, September 23, 2012

Jalan kaki banyak puakanya

Assalamualaikum :)


Ahlawasahlan :) Korang semua perlu tahu yang aku hari-hari balik jalan kaki . Ya ! Perlu tahu . Kalau dah tahu bagus lah . Mana tahu boleh rajin2 tumpangkan ke kan ? Tak nak ? Kfine *upgrade kasut sekolah jalan kaki* Korang pun kena tahu yang aku selalu mengalami perkara-perkara puaka setiap kali jalan kaki balik rumah . Perlu tahu . Perlu . Ni untuk langkah berjaga-jaga untuk korang lagi-lagi perempuan yang ayu lagi cantik molek lagi hidung penyek .  

MAT TAK BERAPA NAK REMPIT
Aku cukuplah menyampah dengan mat motor yang bawak laju-laju saja nak bagi aku penyakit darah tinggi terpancut-pancut . Atok aku pernah pesan , kalau dengar motor yang beransur berhenti dari belakang cepat-cepat toleh . Aku kan degil kan ? *rotan kat tangan pakai senapang* Aku tak pernah toleh belakang kalau bunyi motor . Tetapi !! Aku terrer gila siak *belagak tahap Johari Pain* Aku boleh determine si penunggang motor tu tua or muda . Hebat tak ? Hebat tak ? Permainan paling best bila aku tengah jalan sorang2 macam orang tengah mabuk . Ulang suara , mabuk . Dengar bunyi motor nanti aku teka muda ke tua . Bila dia lalu sebelah aku , kalau betul , wajib senyum sorang2 *ala-ala admirer Nurinn* 

ORANG TANYA ARAH JALAN
Aku tak paham kenapa orang suka tanya arah jalan . Tak ada GPS ke bang ?! Kalau tanya arah mana sekolah u4 ke , arah ke mutiara rini ke memang aku tak kisah sangat . Ada satu masa tu , ada lah mamat mana ntah tetiba stopkan kereta dia sebelah aku . Bapak gelabah siak . Aku rasa macam nak pecut ala bapok kena kejar polis je time tu . Macam gini conversationnya *bajet english*

DIA : HAI , WAK .
AKU : HAI . (dalam hati) apa kau nak dari aku ?! Aku tak buat salah apa ! Kau jangan sampai aku panggil admirer Nurinn datang sini . Nahas kau ! 
DIA : KITA NAK TANYA AWAK SIKIT BOLEH ?
AKU : EMM . (dalam hati) kita ? mak aiihh . jambu siot . 
DIA : BOLEH KE TANYA NI ?
AKU : BOLEH . (dalam hati) main-main pulak mamat ni . Aku dah get ready nak lari cam siamang kena kejar helicopter ni .
DIA : KITA TANYA EHH ?
AKU : TANYA JE LAH .
DIA : BETUL NI ? KITA TANYA TAU .
AKU : HEHE . TANYA LAH . *buat muka agak tenuk moga-moga dia cepat lari*
DIA : MASJID KAT MANA ? 
AKU : (dalam hati) masjid ?!! MASJID ?! tu je dia nak tanya ? elak aku kasi makan buku sejarah je . OH , MASJID ? BELOK KANAN , TERUS . LEPASTU BELOK KE KIRI LEPASTU PECUT TERUS . NANTI JUMPALAH MASJID . 
DIA : TERIMA KASIH EHH WAK . 
*dia dengan bangangnya tak belok kanan pun*

Okay , fine . Dia saja nak bazir air liur akuu dan peluh aku gelabah tak tentu pasal . Entah-entah tak nak pun pergi masjid -.- Solat waktu apa pun aku tak tahu lah . Lagi memelikkan muka cam penyangak . Lepastu pakai gelang-gelang . Rambut perang-perang sikit . Kawan dia pun sama . Pastu tanya aku masjid . Dia nak bertaubat tu . *fikir positif*

JALAN PUAKA 
Jalan paling berpuaka ialah simpang yang kalau terus jumpa surau dengan dewan tu . Kat situ bila aku nak lintas konfem ada kereta . Time aku nak lintas time tu kereta nak jalan . Bila aku stop dia suruh jalan . Aku terasa macam nak amek benda alah cikgu selalu guna nak arah kan budak-budak tu lepastu jerit 'CIK NI NAK JALAN KE TAK ? KALAU NAK SAYA DENGAN SEGALA HORMATNYA JEMPUT DAYANG DARI KAYANGAN MENGALU-ALUKAN PERJALANAN CIK' masa tu admirer Nurinn penah nampak aku hampir langgar kereta -.- Tepuk sikit tangan untuk admirer Nurinn ! 
Lagi satu jalan puaka simpang nak ke sekolah U2 tu . Tuii ! Aku kat situ je dah berapa juta kali nak kena langgar -.- Orang-orangnya jahat belaka . Motor tu kalau boleh tak nak lagi laju . Kereta dia pulak nak pakai horn horn . Aku jalan kaki sabar je lah kasi aku lalu . Ingat horn kau tu mahal sangat ? Magal2 . Haha . Itu bukan typo . Aku macam nak tembak satu2 kereta pakai sumpit kuasa tinggi . Kuasa tinggi tu wajib lahh . 

PERAGUT (?)
Aku tak tahulah nak panggil peragut ke penarik tangan ke perompak ke penculik ke ape je lah kan ? Nampak sangat BM aku hebat gila -.- Masa tu , pernah aku tengah jalan-jalan *ala-ala Mak Jah catwalk* tiba-tiba ada dua orang sahabat karib ni menghampiri aku *ayat wajib bajet novel* Diorang pakai helmet gelap . Masa ni aku kat lorong belakang rumah yang agak sunyi tu . Tapi dekat jugak dengan jalan besar . Kira kalau orang lalu kat situ boleh nampak kejadian ragut tu . Aku memang panggil ragut je lah . Aku taktahu nak panggil apa dah . Tiba-tiba kan , sahabat dia yang kat belakang tu turun dari motor . Aku punya terkejut rasa nak macam nak terjun berenang dalam longkang belakang aku tu je . First , dia pegang tangan aku suruh diam . Aku diam je lah . Nama pun terkejut , tak boleh pikir nak buat apa . Kalau cakap pasal heartbeat tu tak yah lah . Aku rasa macam nak termuntahkan jantung je time tu . Bangang punya peragut -.- Macam agak lima minit jugaklah trying to escape . Tangan dia macam keras tahu tak ? Susah aku nak lepas . Nasib baiklah NASIB BAIKLAH ulang suara lagi NASIB BAIKLAH ada sorang mamat bajet hero ni tetibe dari jauh jerit 'Hoi!' Maka si sahabat peragut dua karib ni pun cepat-cepat naik motor belah . Aku dengan trauma segala bagai lari terus ke rumah *ala-ala rosmah menang lumba lari* FIUUHH . Wa cakap lu , seram doh . Aku terlupa pesan Fatini ; kalau ada orang kacau awak , cepat-cepat sepak anu dia . Nasib aku tak sepak masatu , demi mengasihani generasi akan datang dia . Kalau aku sepak , maka mandul lah dia . Aku kan belajar taekwando 5 tahun -.- Tapi tak guna -.- Lagi bangang abadi . 

Banyak lagilah kisah cinta aku dengan jalan raya ni . Cewah . Masatu aku jumpa Vimal , kawan aku masa sekolah rendah . Dia dah handsome siot . Kahkah xD Lepas tu , aku jumpa Shukri Tinggi . Tu yg diorang panggil masa aku sekolah rendah dulu . Dia tak kenal aku siak . Nakharom -.- 

p/s : aku memang saje je letak gambar aku yang serba handsome tu .


No comments:

Post a Comment