Friday, September 28, 2012

Kita tak tahu :)

kali ni post serious sikit . kalau tak suka , bentang karpet merah sendiri .



Assalamualaikum :) (:



Apa khabar orang kampung ? Sebelum apa-apa , mari kita tengok gambar 13 tahun dahulu dan sekarang . Hmmm . . . Lain kan ? Hahahaha . Aku makin handsome .

15 tahun . Lama tak ? Dalam 15 tahun tu , dah macam-macam aku lalui . Tapi tak semuanya . cewahh . Ok ok , serious serious . Kita perlu tahu . Jodoh pertemuan , rezeki , ajal , maut semuanya dah tertulis sejak azali lagi . Cuma kita je tak tahu . Kita tak tahu bila kita akan pergi untuk selama-lamanya . Sebab tu bangun pagi cakap Alhamdulillah *nasihat untuk aku jugak* Sebab apa ? Sebab hari tu bukan hari yang 'tertulis' tu .

Bila tiba hari tu pun kita tak tahu . Macam mana agaknya keadaan kita masa tu pun tak tahu . Masa tu , kita akan tinggalkan semuanya . Semuanya . Kecuali amalan kita . Apa jadi seterusnya pun based on amalan kita . Kalau korang kenal aku , korang pun tahu aku ni bukan orang yang alim . Rasa takut tu ada . Nanti bila tiba saat tu , aku akan tinggalkan mak ayah aku yang selama ni jaga aku, adik kesayangan aku yang selama ni dengar rintihan aku , kawan-kawan rapat aku yang selalu buat aku tenang . Tapi , kubur masing-masing . Amalan lain-lain . Apa jadi lepas tu aku tak tahu . Takde sape nak jaga aku kat sana . Takde sape nak dengar rintihan aku . Takde sape nak tenangkan aku . Tinggal aku seorang diri . Cuma apa yang aku buat kat dunia yang akan teman aku masa tu .

Tapi sekarang ni bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya . Kalau dah tertulis hari itu aku pergi , aku nak tinggalkan beberapa pesanan kat orang yang penting dalam hidup aku .

MUMMY & AYAH
Terima kasih , mummy , ayah . Terima kasih atas segalanya . Daripada kakak kecik sampai besar mummy dengan ayah tak pernah give up nak besarkan kakak . Walau kakak nakal mana pun . Kakak minta maaf kalau kakak gagal jadi anak yang baik . Mungkin kakak tak boleh jadi anak 'family type' . Kakak memang diam sikit kalau dengan family . Accept adik . Kakak minta maaf kalau kakak gagal jadi anak yang pandai . Kakak tahu . Kakak tak sepandai anak-anak kawan mummy ngan ayah . Kakak tak sepandai sedara kakak yang semuanya belajar kat sekolah asrama . Kakak minta maaf kalau kakak malas belajar . Kakak mohon mummy dengan ayah tak pernah berhenti doakan kakak :) 

ADIK
Adik , satu je kakak nak nasihatkan adik . Jangan jadikan satu benda tu menyedihkan adik . Sebab banyak lagi benda yang boleh membahagiakan adik . Jangan malas belajar . Kakak minta maaf kalau apa-apa kakak buat menyakitkan hati adik . Kakak selalu pakai iPad adik tak minta izin dulu . Cari kawan ramai-ramai . Bila kakak dah pergi , adik boleh cerita semuanya kat diorang . Tapi jangan salah pilih kawan . Jangan tinggal solat tau . Kakak minta maaf kalau kakak tak dapat jadi seorang kakak yang sempurna . 

FRIENDS 
Korang wajib tahu yang korang pelengkap hidup aku . Aku tak tahu apa jadi kalau korang tak ada . Aku minta maaf sebab salah-salah aku . Aku paling banyak buat salah dengan korang . Tapi korang je tempat aku bergurau . Takde tempat lain dah . Nanti kalau aku pergi , korang tak boleh dah nak tengok aku gila-gila lagi . 

fatini
Awak , kita nak awak tahu yang kita sayang awak sangat-sangat . Awak kena kuat kalau orang sekeliling awak buat awak sedih . If life gives you lemon , you make some lemonade . Kita rindu awak sangat-sangat . 

khaliesah
Aku minta maaf sebab aku tak bagitahu sape crush aku masa aku Form 1 dulu . Aku minta maaf sebab banyak kali reject kau . Nanti aku pergi , takde lagi kau nak dengar aku cakap aku handsome , kan ? 

nurinn
Aku minta maaf sebab aku banyak kali kenakan kau pasal sugen . Macam aku kata , korang je tempat aku bergurau . Aku bukan nak sakitkan hati kau ke apa . Tapi , macam tu lah . 

fatin
Fatin , bila aku pergi nanti , aku dah takboleh nak teman kau g kedai lagi . Aku minta maaf sebab aku banyak buat salah . Aku tetap tak dapat jumpa kerush kau tu :D Fatin , kalau aku dah tak ada nanti , tolong sampaikan kat kerush aku yang aku pernah suka dia . And doa yg aku pernah bagi kau baca tu , bagi kat dia . Tapi bila aku pergilah , selagi aku masih bernafas di atas muka bumi ni , janganlah bagi . 

Tapi ini kalau tarikh tertulisnya hari aku pergi tu awal . Insyaallah umur aku panjang . Masih banyak lagi benda aku belum buat . PMR pun belum lagi . Kahwin lagi kan :) Apa pun , aku akan live my life to the fullest . Aku akan guna masa dalam hidup aku ni sebaik mungkin , Insyaallah . 

Kalau aku dah tak ada , korang rindu aku tak ? 

1 comment: