Thursday, October 25, 2012

Miss being free :')


Assalamualaikum :)

Pekabo semua ? Aku ? Sihat . Sejak dah habis PMR ni kann *flips hair* Overall periksa amat susah ye . Memang susah . Tapi , alhamdulillah aku boleh jawablah . Fuhh ~ Ada periksa petang pulak tu -.- Memang aku tertidurlahh . Dah ngantuk sangat , nak buat macam mana .

Sebenarnya , dah lari tajuk dah ni . Tapi , tak apa . Kita patah balik . 2012 , tahun paling bermakna untuk aku . Tapi , aku tak tahu mana silap aku yang buat aku jadi lain dari dulu . Okay , tanyalah mana-mana orang kat sekolah tu tahun lepas . Kenal tak Syahira Eddzam ? Konfem diorang tak kenal -.- Tapi aku lagi selesa bila orang tak kenal aku . Sumpah . Dulu bila aku nak buat apa-apa pun , tak ada orang nak judge . Tapi , sekarang , aku buat benda sikit je semua orang pertikaikan . Tapi , kisah apa aku . Korang kan , tak boleh duduk diam kan bila tengok orang senang ? Ada je benda yang menyakitkan hati *capai pisang, makan*

*sambil kunyah pisang* Aku boleh terima aku dapat kawan sebab aku masuk kawad . Tapi aku tak boleh terima kenyataan aku boleh dapat kawan sebab aku pakai cermin mata baru -.- Seriously maynn ?! Ohemjee . Pelik-pelik je korang ni . Kalau dulu aku tak pernah kisah bila naik koperasi . Tapi sekarang , aku naik koperasi kena baling kacang tahu tak ? Ceh , padahal dua kali je . Satu tu sebab aku terlanggar si Adiq tu , dia g baling kacang kat aku -.- Yang dia menari tengah2 tu kenapa . Kan dah langgar -.- Second , aku tak tahu kenapa . Aku g beli benda kat koperasi , aku turun tangga , kacang tu hinggap tepat kat tengkuk aku . Padu betul balingan dia . Pon Adiq jugak yang baling -.- Apa dosa aku pun aku tak tahu . Nasib aku kawan ngan adik dia x) K , takde kena mengena . Satu hari aku akan baling kacang kat dia . Tak main ahh kacang koperasi tu . Aku nak baling kacang Pagoda tu . Dengan plastik2 sekali .

Kan dah off topic -.- Dah habis pisang aku makan ni . And and , aku akan rasa rimas bila seseorang tu buat benda aku tak biasa . Sumpah . Aku ni kan jenis rock rock enn .. *amek gitar , main dengan Mak Jah jiran sebelah* So , aku bukan nak cakap apa , tapi couple tu jauh tersasar dari fitrah aku . Hamboii . Hahahaha . Cukuplah sekadar aku ada crush . Kan comel :) Hehehe . And , tak pasal aku ada crush baru tahun ni . Woohoo -.-

Tapi , apa pun , aku takkan berubah . Aku tetap aku yang dulu , cuma kawan aku tiba-tiba ramai tahun ni . Aku memang nampak unsur-unsur keberlagakan di situ . Tapi , aku tak ada niat nak berlagak ke hape . Tapi , macam tu lah . Hmm .

And , aku nak nasihat sikit . Kalau kau tak suka sekalipun orang tu , janganlah kutuk orang tu macam2 . Janganlah buat main perasaan orang tu . Kau ingat perasaan dia tu apa ? Daun terup nak main judi-judi gitu ? Makan dalam tahu tak ?

And , lagi sikit nasihat . Cewahh , banyak nasihat aku hari ni . Jaga diri baik-baik . Pilih kawan yang baik-baik . Aku cakap baik-baik bukan yang pandai-pandai sahaja kay ? Lepastu , beware of dogs and don't drink . K . Assalamualaikum . Bye . *hentak gagang talipon*

p/s : kepada abang kakak yg nak amek SPM , jgn stress2 . Selamat maju jaya :) Lagi-lagi . . . ;)


No comments:

Post a Comment