Tuesday, December 18, 2012

Result

Assalamualaikum ;)

Tak jawab dosa , kalau jawab saaayaanngg . K lol . So , seperti yang telah diumumkan di buletin utama masa Malaysia lawan Thailand yang kalah tu kan... hehehe... esok yakni sembilan belas haribulan dua belas tahun dua ribu dua belas atau enam safar tahun empat belas tiga puluh empat tahun hijrah akan diumumkan keputusan piiiyemarrr. Hamek kau .

Aku ? Nervous ke tak ? Sekarang ni pukul 2.30 petang waktu Malaysia . And aku dah empat lima kali keluar masuk tandas . Nervous lahh ! Gila tak . Saat ini aku sangat memerlukan kata-kata penenang daripada Encik Haris Ombak Terhempas . Hmm, siapa tu ? Biarlah aku , Fatin , Nurinn dengan adik aku je tahu xD Sebab diorang je tahu siapa 'Encik Haris Ombak Terhempas' aku . Lol .

Tadi aku tengok kat Facebook , Twitter , Myspace , Friendster semua bising-bising pasal PMR ni . Haih . Bukan hari ni je . Semalam , dua hari sebelum , even seminggu lepas -_- Biasalah , diorang eksaited . Tak cam aku . Aku kat rumah duduk termenung atas kerusi sambil pandang luar tingkap minum hot chocolate pakai selimut memikirkan keputusan apa yang aku dapat esok -_- Takde lah macam tu sekali . Shrek je buat camtu .

Aku ingat lagi masa aku amek slip UPSR . 5A beb . Hahaha . Masa tu kitorg tak nervous sangat . Kenapa entah . Kitorang siap boleh main ikat-ikat tangan Dyla agi xD Main tarik2 handkerchief ke apa masa tu xD Kitorang memang tak sedar diri . Nasib baiklah cikgu announce nama aku dalam list 5A tu . Fuhhhhhh . Kalau tak , aku upah Encik Haris Ombak Terhempas aku culik GB lepas tu bawak dia dekat dalam freezer McD . hahahaha xD Kejam tak aku ? Aku tahu . K tipu je k .

Ape pun , doakan aku dapat straight As okay ? Muahh . Lebyuu .

Mohon esok Encik Haris Ombak Terhempas datang tengok aku amek slip . K berangan je lah aku -_-

2 comments:

  1. Kahkahkah , goodluck then . Okay , aku suka tulisan comment ni . Aaaaaa !

    ReplyDelete
  2. Hehehe . Thanks btw :D Aku pun suka .

    ReplyDelete