Thursday, January 17, 2013

2013

Assalamualaikum :)

A new year . A new beginning . Hye , semua :D Tahu tak apa ? Aku dah 16 tahun . Bajet tak ? Rasa macam nak tampar aku pakai spender tak ? Haahh . Kan . So , hari ni aku tak tahu kenapa tetibe tergerak hati rasa macam nak update blog . Mungkin sebab homework yang begitu menimbun so aku rasa macam malas nak buat and automatically kerajinan aku nak mengupdate blog bertambah . Faham tak apa yang aku cuba sampaikan tu ? Kalau tak , bolehlah pergi amek tukul besi hentuk kepala aku kay ? Ok .

Tahun ni Form 4 -.- Aku ingatkan makin dah besar makin bestlah . Baru je nak bajet-bajet honeymoon year . Tengok je syllabus2 Form 4 rasa macam kena bom nuclear je buku2 semua ni . Aku dapat sekolah teknik tau . Tapi aku tak pergi . Setelah aku duduk diam2 sambil menikmati Nescafe 3 in 1 lalu mencampakkan pandangan ke luar tingkap pada hari hujan yang tak berapa nak basah dan berfikir agak-agak 14 juta kali aku nak stay sekolah kesayangan aku ni ke nak g teknik ... So , aku pilih nak duduk sekolah ni . And , adelah sebab-sebab yang tak dapat dielakkan . Cewah . Cakap je lah aku ni ngengade taknak pindah asrama . Nanti taklehlah orang nak basuhkan baju aku , tengok muka ayah aku hari-hari buatkan aku roti xD Manja jugak aku ni . Hahahaha . Aku pun tak tahu kenapalah korang kena baca post ni kan ? Macam takde benda lagi bagus je korang nak buat . Blog aku jugak kau singgah xD Dahlah ngengade , perasan pulak aku ni .

Aku rindu gila budak2 Form 5 tahun lepas . Masa tu kawad teringat Kak Nik . Duduk dataran teringat Syida . Tengok orang main bola teringat Sugen xD Tengok tong sampah rasa macam nak terbalikkan . Ok , melampau . Hahaha . Dah nama pun aku mewarisi xD Ingat lagi kalau balik kekadang balik ngan Syida . Adui , rindunya diorang . Padahal aku kenal Syida tak sampai pun setahun . Entah pape aku ni . Encik Haris Ombak Tsunami aku tu pun dah tinggal kenangan x) omg rindunya . Wahaha .

Tahun ni konon azam barulah kannn . Tapi tadi aku baru je ponteng koko . Dahlah ponteng koko tak g bola jaring , tak g kawad pulak tu . Lepas tu dok melepak kat susur gajah tepi padang tu . Konon diorang pakat gila panggil aku budak bio -_- Oh ye . Nak ceritalah sikitkan . Aku belajar bio sepatah haram aku tak faham . Dengan itu , aku mengisytiharkan yang aku akan berhenti sekolah . Cari kerja . Dapat kerja dekat entah fast food mana . Jumpa first love . Kawen muda . Dapat anak . Suami kerja tak tetap . Gaduh . Bunuh diri . Okay . Itu semua tipu belaka . Gila kau aku nak bunuh diri . Aku nak berhenti sekolah pun mak ayah aku konfem2 gilis pakai bulldozer . Sebenarnya aku just nak pindah kelas LK . TU JE .

Ape pun , aku rasa sangat bangga dengan diri aku sebab dapat selesaikan soalan addmaths nombor tiga muka surat dua tu . Ceh , hentam je . Oh and , siapa ada buku rujukan bio aku nak pinjam dalam seminggu dua ni . Nanti ckgu kesayangan aku tu nak bagi test aku tak sedia memang dia culik aku buat raya korban nanti .

Duit aku habis gila babi ni . Tu lah Syahira . Jangan bodoh sangat . K ? ok . 

No comments:

Post a Comment