Saturday, January 26, 2013

Khaliesah Nur Arina bt Abu Bakar

Assalamualaikum :')

Khaliesah . Kita kawan dari tadika kan ? Tapi part tu kau pernah lupa -.- Tapi takpe . Aku tak kisah xD Masa Form 1 kita rapat sangat kan ? Mana kau ada , aku ada . Mana aku ada , kau pun mesti ada . Orang kata kita macam pokok kelapa dengan pokok tauge pun aku peduli ape kan ? Yang penting aku suka lepak dengan kau :D



Khaliesah . Kau nak pindah dah :'( Lepas ni aku takde teman penjalan kaki . Lepas ni takde lagilah aku nak gosip-gosip dengan kau masa jalan kaki . Aku dah tak boleh tengok kau gaduh dengan Nurinn xD Dah takde dah orang nak nyanyi lagu2 Korea yang entah pape tu kat aku . Aku dah takleh nak reject-reject kau xD Takde dah aku nak paksa-paksa orang suruh stay . Tapi dia pemalas tahap babun . Lepas ni dah takde dah aku nak dengar kau ketawakan lawak-lawak aku yang kadang-kadang menyengal tahap dewa . Takde lagi orang yang selalu tertipu dengan tipu-tipu manis aku xD Lagi-lagi kuda terbang .



Siapa lagi aku nak duduk lepastu ketawa macam orang gila ? Aku tahu aku masih ada Fatin dengan Nurinn . Tapi kitakan selalu berempat ? Macam square gitu ? Ada empat bucu . Tapi lepas ni segi tiga :'( Biasa kalau jalan sama2 , dua orang depan , dua orang belakang . Tapi kali ni dua orang kat depan , sorang tersisih kat belakang :'( Lain tau .




Khaliesah , jaga diri kau baik-baik kat sana . Aku akan rindu kau . Cuti sekolah nanti kita jumpa eh ? Kalau ada orang buli kau , kau tepon je aku . Nanti aku hantar geng g belasah si keparat yang berani buli kau . Jangan malas wehh kat sana . Belajar rajin-rajin tau . Jangan balik sini . Kau dah dapat , kau jangan lepaskan :'( Lebiu , hantu .

Macam segi empat . Tapi satu bucu dah hilang :'(

I love you , Khaliesah :') Bye . 

Jangan lupa aku tau . 



No comments:

Post a Comment