Monday, February 18, 2013

Kebangkitan cuti xD

Assalamualaikum x)

Ya Allah ! Malas siak aku nak g sekolah hari ni. Aku rasa kalau Nizam Zaidi ke , Hairul Azreen tetibe masuk bilik aku kejut aku bangun pun aku rasa tak mampu nak mencelikkan mata menolak nafsu tidur aku. Pelamak. Ayat sungguh komsas xD Serious gua malas gila hari ni nak sekolah. Aku rasa macam nak upah orang tolak aku dari belakang masa aku nak turun tangga biar patah kaki masuk sepital and tak g sekolah. At least kat sepital aku boleh usha2 nurse lelaki. Kalau ade ahh -.-

Pagi tadi sangat siot. Ohemjee. Pagi-pagi takde perhimpunan. So, aku masuk kelas dengan begitu lagaknya sebab aku lambat masuk kelas sebab aku saja je beratur barisan Fatin xD Aku pun duduklah sebelah Wani. Buat homework. Aku kan belagak kan? Buat homework kat sekolah tak nak kat rumah. Tak rock ahh buat kat rumah. Hehe. At least aku buat, kan ?! Secara tiba-tiba , tanpa diberi amaran ribut, taufan, hujan lebat mahupun banjir kilat, Fatin datang kelas aku. Ceh, gimik lebih. Fatin datang dengan Fateha tersengih2 bagai aur dgn tebing kat depan cikgu nak mintak jumpa aku. Aku pun buatlah muka tenuk aku. Tetiba Fateha mintak kunci stor. Haihh... apalah nasib -.- Aku tak bawak kau tahu tak ?! TAK BAWAK! Aku pun dah rasa bersalah tahap gila babi , aku pun halau diorang. Muahahahaha !

Tapi, lepastu, lepas beberapa minit kemudian, Fatin dengan Fateha datang balik. Ok. Time tu aku dah start panic rasa macam nak teguk clorox je. Fatin kata nak jumpa aku. Aku bangun pastu lambai ratu kat semua orang dalam kelas. Hahaha. Fatin kata cikgu nak jumpa aku. Hm... Masa tu aku rasa macam nak buat wasiat je dah. Aku pun apa lagi. Mintak Fatin dia punya fon lepastu call ayah aku suruh hantar . Aku pun cakaplah ngan cikgu yg kejap lagi ayah aku sampai. Aku tunggu bapak aku depan stor sorang2 macam orang kurang kasih sayang tahu tak? -.- Dah dapat kunci aku lari kat 3utm bagi kunci lepastu lari g kelas amik buku lepastu lari g makmal dan aku berjaya ke barisan penamat dengan memecahkan rekod terpantas. Wuuuu.

Masa Fizik aku kena diri sebab tak siap homework. Diri je pun Tak kisah. Lepastu PJK dok bergosip dengan Nurinn pasal Kpop dia tu -.- Masa rehat cam biasa aku ngn Fatin duk tgh2 dataran. Orang lain pun ada juga yang menyibuk -.- Math ngan sejarah takde apa yang istimewa. Masa BM tiba! Aku tak bawak buku yayyyy ! Aku pun mengambil keputusan untuk ke perpustakaan yakni ponteng. Aku duduk library tu agak2 30 minit jugak. Wani ahh siot. Aku suruh balik cepat2 taknak. Bila nak balik kelas tak tahu nak kata ngan cikgu apa. Aku dah kata. Jangan risau. Bab kelentong mengelentong ni aku dah dilatih sejak dari sekolah rendah lagi. Peace.

Aku masuk kelas cikgu bukan tanya pun aku g mana -.- Aku tengok ramai budak diri sebab tak bawak buku. Cikgu suruh aku diri gak -.- Pastu cikgu tanya aku dah baca belum cerpen Ibu dan Ceper tu. Aku dengan muka penuh keyakinan aku pun jawab 'Dah. Jumaat minggu lepas saya baca. Tapi igt2 lupa.' cikgu macam tak konfiden ngn aku . Aku buat lagi muka yakin. Last2 cikgu kasi duduk. wanio kat sebelah muka tak puas hati ehh xD Aku memang tak sentuh langsung pun buku tu masa cuti xD Aku pinjam buku kawan aku pastu baca sikit2 aku dah boleh agak jalan cerita. Lepastu soalan cikgu semua aku jawab dengan bernas xD Aduyaii. Derhaka gak aku ni ngan cikgu. Elak aku kena sumpah jadi BMW je nanti. Memang tak dapat aku nak bersanding dengan Nizam Zaidi aku tu.

              Ohyes. Aku baru tengok video bibik main basketball guna baby tu. Pergh. Kalau esok hari aku ada anak pastu bibik aku buat macam tu... memang siap sedialah aku sula dia pakai lembing bermata tiga. Ade ke  patut ?! Dah dah . Tak nak ulas panjang . Ceh . Bajetan.

p/s : Aku sangat rindu tahun lepas. Tahun lepas semangat nak g sekolah sebab ada crush. Tapi sekarang dah excrush dah. So, kena cari crush baru tapi dak2 tahun ni macam tak menepati piawaian aku xD Semua nya kurang keincian . If you know what i mean xD

No comments:

Post a Comment