Saturday, June 15, 2013

Lawa kau jah

Assalamualaikum ;)

*lambai tangan dari jauh sambil lari slow motion* hye ebelibadi . How are you ? *angguk2 separuh mati* GOOD ?! Okay . Hari ni temah nak citelah pasal jiran sebelah si nab tu ... MENIKAH LAGIIII ! Eh , tak tak . Salah topik .

Pada hari sabtu tak berapa nak indah ni , aku nak cite pasal rupa dan kecantikan seseorang . Sebelum apa2 , aku memang hendak memaklumkan bahawasanya semua makhluk Allah dicipta dengan sempurna dan tak ada yang tak cantik . Alhamdulillah . TETAPI ! Mengapa ? MENGAPA ? Mengapa manusia sendiri yang suka nohhh nilai seseorang tu dari luaran ?! Bagi aku sekarang ni orang pandang rupa . Kalau IQ tinggi kira bonus ah .

Benda ni susah untuk aku . Kenapa ? Sebab aku ni bukan jenis yg orang akan pandang dua kali . Muka typical gila bebi . Sampai dapat abg wa cakap lu . Oleh itu , aku yg tak ada rupa yg menjadi bayangan di setiap novel cinta tu , kenalah usaha keras belajo kan ? Dah sebab tu je yg aku power . Yang lain cam harom .

Tapi korang percayalah . Sekarang ni memang tak ada istilah 'everyone is beautiful' . Kalau tak , kenapa aku tak boleh masuk Miss Universe ? Baru langkah masuk nak audition sah2 kena halau balik . Kalau dapat audition pun , tgh tunggu giliran , mesti competitors lain pandang dgn pandangan sinis lalu berbisik2 menghamburkan kata2 keji terhadap aku yang macam rusa masuk kampung -.- Lol sangat .

Lepastu , kenapa orang buat plastik surgery ? Kenapa perempuan2 yang dikatakan tak cantik tetapi sebenarnya hati suci itu ada perasaan insecure ? Kenapa diorang lack of confidence ? Kenapa lelaki tak handsome dipanggil penyangak walhal tak pernah miss solat fardhu dekat masjid ? (Ceh.. walhal xD) Kenapa dalam novel selalu describe wanita comel itu pendek , putih , muka licin ? Kenapa tak besar , gemuk , muka berjerawat ? Yang lelaki pulak kenapa tinggi , mata kelabu , putih , rambut kemas ? Kenapa tak pendek , buncit , mata hitam , rambut kerinting ? Kenapa lelaki suka Emma Maembong ? Lisa Surihani ? Wawa Zainal ? Neelofa ? Kenapa diorang tak tergila-gilakan Dina ?

So , faham tak ? Aku sendiri takde konfiden bila berdepan orang ramai . Aku takut orang cakap 'Pebenda budak tu buat ? Kalau lawa takpe jugak.' -.- Seriously ? Kalau lawa takpe jugak ? Urgh . Cuba kalau semua orang muka sama tapi hati lain2 . Diorang tak boleh nak plastik surgerikan keikhlasan mahupun keluhuran hati . Cehh gitu x)

Ok lah . Nak g makan ni . Hahaha xD Apa pun , yang cantik , comey belako tu tok soh ler pandang atas bawah kat org yg you know ... like me -.-

Boboii ;* untuk mummy ngn ayah sbb lahirkan kakak dgn muka gangster gila ni . Hahaha . Baru rock kan ?

No comments:

Post a Comment