Thursday, June 20, 2013

The guy

Assalamualaikum ;)

*tarik nafas panjang* Al maklumlah . Jerebu kan . Sesak nafas . Hehee . Tapi hari ni aku tak nak cite pasal jerebu . Mainstream . Aku nak cerita benda yg lagi mainstream . Ekceli tergerak hati nak buat post ni sebab ada org cakap gini "Kenapa kau tkde boyfriend ahh ? Kau tu memilih sangat . Jenis lelaki macam mana kau nak sebenarnya ?"

Oleh itu , terpacullah idea2 liar di dalam minda ini . Cewah . Lol sangat . Lelaki macam mana aku nak ? Hmm . Tak pernah pulak aku pikir . Selalunya kalau tgh jejalan ngn adik main usha2 je . Nampak kacak dan berpendidikan je terus "Buat suami bagus tu" Amboi . Suami terus xD

Firstly aku suka lelaki yang gentleman . Aku tak suka lelaki sexist . Aku lagi suka lelaki yg memuji kemampuan wanita . Walau apa pun dia akan dahulukan wanita lagi2 ibu dia sendiri . Tapi kalau ibu dia salah tu lain cite lah . Aku tak suka lelaki yg marah perempuan . And lelaki yg sweet dengan gf dia tapi suka maki2 perempuan lain . No no .

Secondly berpegang pada agama . And by that , dia solat , tidak berzina dan pandai nasihat tentang agama untuk aku . Tidak memaksa kalau aku belum sempurna . If you know what I mean . Tak terlalu harsh . Support aku sepenuhnya kalau aku nak berubah ke arah kebaikan . Bukanlah aku nak mintak yang alim tak pernah lepas tasbih . Tapi kalau dah jodoh Alhamdulillah .

Aku suka lelaki lawak dan sempoi . Aku kurang minat lelaki romantik . Kalau sekali sekala ok . Tapi kalau setiap kali jumpa bagi bunga sajak puisi bagai tu tak minat . Lagi best kalau ada someone yang suka lepak mamak malam2 makan maggie goreng sambil buat lawak . Itu best . And dia tidak terlalu menitikberatkan apa yang dia pakai . Asalkan kemas dan tidak terlalu kolot itu sudah comel . Cewah . And dia tak kisah kalau aku keluar tgk bola kat kedai mamak hanya pakai jersi , tracksuit dan selipar jepun kesayangan aku . Wuhuu .

Pandai selesaikan masalah . Ye . Inilah pentingnya IQ dalam membina perhubungan kan . Kalau ada masalah , dia pandai nak bagi aku nasihat yang bernas and not simply ajak kawen lari -.- Hahaha . Kalau dia pandai tapi miskin , dah tentu2 lah pandai cari duit . Tapi secara halal lah . Sebabtu kena kuat pegangan agama . Kena tahu baik buruk .

Rapat dengan kawan2 aku . Kiranya kalau keluar lepak sama dia tak adalah awkward tak tahu nak cakap apa . And aku tak nak lah kawan2 aku tak suka kekasih hati pengarang jantung aku kan . Hahaha . Maknanya dia kena friendly . And dia faham bila aku cakap aku nak dgn kawan2 aku . And bukannya "Yelah . Kawan you memang lagi penting dari I kan." Kalau gitu , kita break . Ceh xD Kalau dia nak lepak ngn kwn dia pun aku tak kisah . Because you know how guys woth their friends kan ?

Faham aku . Kadang2 perempuan ni susah nak faham . Bukan kadang2 , most of the time . Aku pun kadang2 tak paham dgn diri aku ni . Ni susah jadi perempuan -.- So , I hope he understands me . Kalau aku tgh bad mood , dia pandai ceriakan . Kalau aku tgh stress , dia pandai hilangkan . Kalau aku gila , dia join sama . Hahaha .

Tak ego . I mean , siapa je suka lelaki ego ? Dahlah aku ni bukan jenis yg penyabar . Tgk2 dua2 ego sesama sendiri . Payah wehh .  Kiranya kalau dia tahu tu salah dia , dia cepat2 mintak maaf . Kalau aku salah , dia nasihat baik2 sampai aku mintak maaf kat dia .

Jujur . Apa pun jadi , dia bagitahu aku . Macam dalam novel kan . Kalau kita tak bgtahu cepat2 , nanti pasangan kita tak percaya kita . Selalu difitnah . Biasalah org sekarang . Tak boleh tgk manusia lain senang . Izzue Islam kawen pun nak marah . Pebendaaalah .

Aku rasa ... tu je kot . Tapi kan ... crush aku ni tak menepati kriteria di atas . Tapi kalau hati dah sayang ... kahkahkah xD

No comments:

Post a Comment