Sunday, July 21, 2013

Let's get Random

Assalamualaikum :)

Sekarang tepat pukul 10.59 malam waktu Malaysia . Malam Ahad yang penuh syahdu mengenangkan nasib yang bakal ditimpa pada hari yang penuh sengsara iaitu pada hari Isnin esok -.- My plan is to siapkan homework masa perhimpunan esok. Kalau takde perhimpunan memang sangat mencabar jiwa aku.

So, actually aku tak tahu nak tulis apa tapi aku nak tulis jugak . Tak peduli . Blog aku kan . Ceh, bajet ada orang baca je. Kahkah. Baju raya dah beli? Aku? Op coz lah jemah oii. Kau tak tahu ke macam mana ibuku. Kan kaki shopping. Turun temurunlah ke anaknya. Baju kaler2 tahun ni. Untuk raya pertama je kaler purple. Tok sah cite panjang lagi lah kan . Memang rainbow-rainbowlah aku raya nanti. Yang peritnya, aku kan dah 16 tahun. Dah takde sape sudi nak bagi duit raya yang berjuta kat aku lagi -.- Ceh, cite sedih.

Tahun lepas adalah dapat saham daripada melancong sana sini g rumah kawan. Tahun ni kawan pun dah pindah sekolah. Entah raya nanti balik dua tiga hari lepas tu balik jail mereka semula. Biasalah. Typical pengetua di setiap sekolah. Belajar itu penting. GPS perlu dinaikkan setiap tahun. MMI perlu dipatuhi. Tak kisahlah murid seronok ke tak seronok, asalkan kepala otak mereka tepu dengan segala maklumat yang terdapat dalam buku teks. Hari Sukan? Apa tu? Kita buat ala kadar je. Sukantara? Takpayahlah . Kalau boleh kita tangguh lepas krismas. Hari koko? Tak perlu meriah. Permainan kena sederhana. Jangan terlalu seronok. Nanti lupa apa dah belajar. Sekolah makin lama makin bosan tak apa. Janji prestasi naik. Itu saja yang penting.

tangan di dada, mata ke atas kiri kanan depan belakang bawah 

Manalah hidup aku tak bosan. Dahlah kat sekolah tu macam tak ada excitement. Pergi sekolah tengok-tengok benda sama. Kalau benda sama tu best ok jugak. Ni tak. Tapi biarlah... nama pun sekolah. What was I expecting -.- Tapi, nak jugak rasa meriah macam dulu. Masa ayahanda ada. Seronok je sekolah tu. Ceria je. Walaupun dinding tak bercat mural. Walaupun pelajar tak pandai gila nak mampus. At least murid dalam sekolah tu will experience moments of their life. Tahun ni? Ha Ha Ha -.- Tak perlu aku ulas lebih mendalam. Tak pasal kena gantung, mati aku kena kerjakan mak ayah aku. 

Apa pun, I have 2 more years. Less than 2. Lepas tu aku bebas. Untuk sementara. Tapi sementara tu lah nikmat menjadi remaja. Masa tu tahulah aku nak buat apa. Ceh, bukan nak buat apa pun. Duduk rumah terbongkang main ps2 je lah. Lainlah budak dua ekor tu datang rumah aku ajak aku buat kerja gila. Memang tak balik rumah rasanya. 

I miss youuuuu. Kbye.

p/s: I will always be the same. Mungkin aku pelajar Desa Skudai . Tapi sekolah tu tak pernah buat aku lupa kawan . Miss you guys . And will always . 

No comments:

Post a Comment