Wednesday, July 10, 2013

Ya Ramadhan !

Assalamualaikum ya muslimin dan muslimat .

Alhamdulillah . Dapat jugak kita menikmati bulan Ramadhan tahun ni . Bulan penuh mulia . Bulan d8 mana pintu syurga dibuka luas dan pintu-pintu neraka di tutup . Syaitan-syaitan diikat dan dicampak ke dalam laut paling dalam . Ada pun syaitan yang dah baligh tapi tak puasa . Orang lain pagi-pagi puasa , dia gi makan roti canai kat ayub . Tak pasal naik van jenazah nanti .

Istimewanya Ramadhan bagi aku ! Bulan paling ditunggu-tunggu umat Islam termasuklah aku . Pagi semalam Jia Er tanya kenapa aku suka sangat puasa ? Allah ... banyak sangat sebab kenapa bulan Ramadhan ni best . Last-last aku cakap 'Bulan Ramadhan lah best'. Tapi sebenarnya kenapa best ?

Bulan Ramadhan lah bulan di mana orang yang tinggal solat , solat . Orang banyak baca al-quran . Lelaki (or perempuan) yang merokok tu tak merokok . Biasa pukul 3, 4 pagi orang berkinja-kinja kat kelab malam . Tapi bila tiba bulan Ramadhan , pukul 3, 4 pagi tu diorang sahur . Subhanallah . Bulan yang mulia ni jugaklah biasanya jadikan seseorang tu beribadat secara istiqamah . Yang selalu tidur mati tu , bangun sahur dah tu solat tahajjud . Habis Ramadhan dia istiqamah buat solat tahajjud setiap malam . Bulan ni jugaklah biasanya yang muslimah berubah dari free hair jadi pakai tudung . Yang kedekut taik hidung masin tu bersedekah .

Memang seronok bila beramal . Lagi2 bukan Ramadhan . Apa-apa yang kita buat , pahala berganda . Satu huruf kita baca dari al-quran , kita dah dapat banyak pahala . Itu baru satu . Kalau kita baca satu al-quran ? Subhanallah .

So , apa lagi kan ? Jomlah kita sama-sama buat anjakan paradigma untuk terus beramal dalam bulan Ramadhan . Jom kita tingkatkan lagi bekalan untuk akhirat . Hidup bukan selamanya muda kan ? Manfaatkan zaman muda kita ni selagi banyak tenaga . Jangan tunggu dah tua kerepot baru nak belajar ngaji .

Yang para ladies kalau takleh puasa tu jangan nak tayang sangat . Berdosa nok !

Doakan untuk sahabat Islam kita kat Syria , Gaza , Mesir . Diorang sambut Ramadhan tak macam kita . Walaupun kita berbeza fahaman politik , masih lagi boleh duduk sama2 bergosip kat kedai kopi . Syukur negara kita aman . Diorang pulak nak keluar pun takut . Senapang ada di mana2 . Bom tu bila2 masa je boleh letup .

Salam Ramadhan ya Sahabat !

No comments:

Post a Comment