Saturday, August 31, 2013

Jodoh :)

Assalamualaikum ;)

Jodoh? Ceh. Entah bila masa aku bertemu dengan Encik Jodoh aku ni? Syahira? Jumpa jodoh? Hahahahahahahahahhahahaha. Buat lawak eh? Tapi memang aku dah jumpa jodoh pun. Apa? Korang ingat jodoh yang jalan nak pergi kelas bawak banyak buku tetibe terlanggar seorang jejaka. Buku semua jatuh. Dia minta maaf lepastu tolong kutipkan buku lalu mata bertentang mata. Ah! Itu semua dusta. Realitinya; Jalan pergi kelas bawak buku banyak2. Terlanggar seorang hamba Allah ni lalu dia pun berkata "Woi, jalan pakai lutut ke? Buta eh?!" -.- Masyaallah. Ataupun jodoh tu bila jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Kau lari daripada jejaka idaman malaya tetiba kasut tercabut. Esok bukak mata tengok kau jadi puteri. Realitinya; lari-lari kasut tercabut "Woi, pakai kasut abang ke?" -.- World is letting me down.

Jodoh yang aku maksudkan pada malam merdeka ini ialah teman. Teman tapi mesra? Oh tidak. Teman dunia akhirat. Aku pernah cerita macam mana aku kenal Fatini dengan Hidayah. Tapi, aku rasa aku tak pernah lagi cerita kisah pertembungan cinta empat lima segi aku kat sekolah kan kan? Partners in crime katanya.


this was a long long long long time ago. like, 2 years ago. 

Macam manalah aku boleh terperangkap dalam menjadi rakan mereka yang bertopengkan manusia sedangkan dalam diri mereka hanyalah robot yang fius-fiusnya bertaburan dan wayar-wayarnya berselirat? xD

Alkisah, masa Form 1 aku rapat gila dengan Khaliesah. Kenapa? Sebab dulu kitorang kindergarten sama. Tapi part tu Khaliesah lupa. Tapi, biarkan saja. Aku dengan Khaliesah ni suka pergi mana-mana sama-sama.  Pergi kantin, kelas, library, surau, koko, semualah. Latihan rumah sukan je tak xD Sampai orang kata kitorang ni ibarat pokok kelapa dengan pokok taugeh -.- Masyaallah. Tapi takpe. Mulut orang biarkan saja. 

Masuk Form 2, Aku ngan Khaliesah as usual. Masih rapat seperti digam bersama. Fatin? Aku tak rapat lagi. Kenal? Ya. Rapat? Sikit pun tak. Tapi tiba-tiba, muncullah seekor alien yang masuk sekolah kitorang. Siapa lagi kalau bukan Nurinn. Lol. Masa dia masuk first2, memang tak kenal langsung ahh. Aku bukannya sekolah kebangsaan kat Desa Skudai. Aku sekolah kat U4. Siapa tak kenal U4 kan? Sekolah sebelah loji yang femes dengan kewangiannya itu. Dah tu, lama-lama dia ada kat sekolah, kitorang makin rapat. Nurinn dengan Fatin memang rapat dari sekolah rendah. Khaliesah pun jenis peramah ngan cakap lepas dia tu. Tu yang tetibe jadi kitorang. Eh, macam pelik je bunyi. Takpe. 

Kitorang makin rapat bila akak2 UTM buat program MEKAR kat kelas. Kitorang asyik dapat gula-gula je xD Lepas tu, kitorang start buat video untuk Merdeka Raya tu. Best. Best sangat kemas loteng Nurinn xD Sekarang dah bersih, suci dari segala debu. Kot. 

Sampailah sekarang. Kitorang memang ada rasa gap tu. Tak semeriah dulu. Sebab kelas lain2. Aku 4UTHM amek Sains Teknikal. Nurinn 4UTM amek Sains Tulen bersama cikgu bio kesayangannya itu. Fatin 4UKM amek Kemanusiaan. Khaliesah? Dia Sains Batu Pahat. Continuing her life dekat dalam 'penjara' tu xD Bila dia balik, kitorang yang eksaited. Eksaited nak paw dia macam-macam. Bunyi macam gay tapi diorang ni lah antara jodoh terpenting dalam hidup aku. Aku tak tahulah apa nak jadi dengan hidup aku kalau diorang ni takde. Kelam. Sunyi. Gelap. Cewah. 

she'll get what she wants xD

Fateha Fateha xD Entah bila aku rapat dengan dia ni pun aku tak tahu. Tapi rasa sangat bersyukur sebab Fateha ni jenis yang bubbly. Tak pernah lagi aku tengok dia nangis in public. Tak macam aku. Lepas call Fatini kat public phone terus menangis kat tiang bendera macam orang mati suami. Lol. Fateha sebenarnya kan ... orang ramai kenal dia . Kalau kau tanya sape-sape kat sekolah tu, "Kenal Fateha Murad?" Konfem diorang kenal. Bak kata Fateha, kalau cakap Murad je pun orang dah kenal xD 

Fateha is capable of doing things. Semua benda dia boleh buat. Cuma tengok dia malas tak malas je lah xD Kau ni lah. Malas kat benda2 tak patut. Rajin benda2 tak patut, bak kata Nurinn. Dekat stor sukan tu dah penuh kraf tangan dia . Hamper untuk hari sukan tu pun kitorang terkoyakkan. Lepastu nasib baiklah ada Fateha yang sedia membaikinya xD 

p/s : Apa pun, aku sayang korang sampai bila-bila lah. Can't imagine going through life without you guys. Paling-paling pun duduk menganggur dalam bilik. Yes.


No comments:

Post a Comment