Tuesday, August 6, 2013

Selamat Tinggal, Ramadhan.

Assalamualaikum :')

Pejam celik pejam celik, tgk2 dah tiba penghujungnya. Bila nak diingatkan balik, rasa macam tak puas nak merasa bulan penuh makna ni.

Yelah, bukannya selalu kan bangun pepagi buta sebab nak makan. Lepastu pergi sekolah muka toye je. Bibir kering. Bila kat kelas, kawan cuit2 rasa macam nak "Eh kau ni baaa..." terus berhenti. Dalam hati 'Eh, puasa. Takleh carut' Tengah2 belajar tetibe  loceng rehat pun berkumandang. Ceh. Dengan sungguh2 turun bawah. Kaki pun gatal menyimpang gi kantin. Dah sampai kantin barulah "Eh, puasalah. Mana boleh makan" Patah balik g surau. On the way nak g surau tu mata tajam betul main jeling-jeling kat budak2 bukan islam. Pergh . Tetibe masa tu macam beraneka menu ada. Pandang kanan air oren, kiri air mangga, tertoleh belakang mee hoon goreng, pandang depan balik, Allah... air mineral pun nampak lazat. Tapi sebab puasa, mata jaga je.

Dah habis sekolah, jalan kaki pulak tu balik rumah. Aduh. Perit. Balik2 rumah dengan automatiknya kaki tu elok je membawa diri g depan peti sejuk. Tangan pun capai air dutch lady perisa stawberry. Masa tu barulah dengan sayunya teringat "Eh, puasa" Tangan pun lemah-lemah letak balik dutch lady tu. Macam biasalah kan, naik atas terus membuta . Bangun nak solat zohor asar je. Lepas tu tidur terbongkang atas katil tak ingat dunia sampailah alarm bunyi. Alarm bunyi pukul 7. Pukul 7 tu lah jugak capai tuala g mandi sepoi2 bahasa, terus duduk depan hidangan lazat mak ataupun bazar. Bila bunyi azan terus baca doa laju kalah cikgu bebel. Habis doa terus telan satu kurma. Apa ada atas meja ditibaikannya xD Perut dah penuh terawih pun tak pergi. Ceh, cakap orang . Aku pun sama je xD

Tak sangka sekejap je bulan Ramadhan tu berlalu. Tiba-tiba lusa dah nak raya. Alaaahhh sedih. Yang lelaki untung takde datang bulan. Kami kaum hawa tertinggal beberapa hari untuk solat di bulan penuh mulia ini. *lap air mata* ceh. Apa pun, masa raya nanti jaga diri, main mercun tu main jugak. Tapi jangan galak sangat. Tak pasal kususun sepuluh jari tetibe tinggal sembilan je tersusun. Kurang ahh duit raya. Yg bawak kete tu, lelok sikit. Syaitan pun akan dilepaskan. Tak sabar nak ganggu manusia. Karang tgh2 jalan tu tetibe ternampak toyol kat sebelah mintak duit raya. Haaa... sudah. Baca doa dulu sebelum memandu tu.

Untuk si pujaan hati, ermm... baju raya warna apa ? Hahahaha xD Kbye.




No comments:

Post a Comment