Monday, November 4, 2013

Hampir ke penghujungnya.

Assalamualaikum :D


Macam laju je . Macam laju je . Hehehe . Sebenarnya banyak nak diperkatakan. Tapi, tengoklah apa yang tersembul kat minda, itulah yang aku akan cakap. Idea tak banyak sebenarnya. Niat cuma nak hapdet blog yg dah lama dibiar macam anak-anak gelendangan. Lagu pun entah zaman bila. 

Orang kata pejam celik, pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun. Tapi lain pulak aku. Aku pejam celik, pejam celik, tak muncul jugak 2014. Haih. Pasrah. Bukannya apa. Aku cuma rindu 2012. Itulah orang kata, jangan diingat benda yang dah lepas. Kan dah, makan diri. Hahaha. Tahun 2012 tu terlalu banyak maknanya untuk aku. Nape entah. 2013 sumpah bosan nak mati. 

Tapi, biasalah, takkanlah sepanjang 2013 ni semuanya bosan kan. Walaupun nak jawab ya, tapi tak jugak. Mengenangkan tahun depan 2014, tahun aku jadi senior, aku lagi sedih tahap nenek si bongkok tiga. Aku tak suka batch aku. Itulah dia masalahnya. Hahaha. Aku sayang gila kat senior aku. Walaupun tak ber'kak' dan ber'abang'kan sesiapa, diorang tu memang dah macam adik beradik yang sangat caring dan happy go lucky. Not to mention, tak sombong. Sesetengah lah. Yang sombong tu mmg betul2 sombong nauzubillah . Ceh . Hahaha . Tengok balik batch aku, yang telah meranapkan segala impian sekolah untuk menaikkan gps pmr, lagi luluh hampa hati aku ni. Tak kisahlah. Tahun depan kena pikir pasal belajar je. Tak dulik nak buat kawan bagai ni. Aku nak buat kawan pun bukan diorang nak. Sakit hati je jemah oiii.

Cakap pasal belajar ekk . Adui . Final exam hari tu macam terkelu lidah nak diceritanya. Tapi bila aku tengok balik sekeliling aku (ceh) aku rasa sangat-sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan otak yang tak lembab. Bukan nak belagak ke apa. Bila aku tengok kawan2 aku yang dah sedia seminggu sebelum, sebulan sebelum, aku rasa bersalah pun ada . Aku ni tabiat susah nak buang, suka belajar last minute. Aku memang takleh nak ngam dengan belajar awal2 ni. Itu namanya godaan syaitan tak nak aku belajar. Tapi Alhamdulillah usaha bangun pagi2 buta makan Oat Krunch sorg2 dalam bilik sambil baca Kimia, tak sia-sia jugaklah . 

Kisah percintaan aku yang tak tahu mana hujung pangkalnya tu kita biarlah dia diam sekejap. Si cinta hati pun entah kat mana aku pun tak tahu . Yelah . dah delete fb . Takde sumber nak menyetalk dia . Hahahh . ghepek apa lah aku ni . Bila tengok adik2 bawah umur yg bercinta kalah org kahwin lagaknya, pergh . Macam tengok lawak antarabangsa pun ada. Haihh . Kalau aku tengok anak aku umur 13 tahun dah pandai berpapa mama dengan lain jantina dia, memang aku ajak duduk kedai kopi bincang masalah dunia. Nak besar sangat kan? Aku soal sejarah kalau tak dapat jawab, memang aku pas kat suami aku bagi dia ajar sikit . Yelah kan . Hidup kita ni takde siapa tahu apa akhirnya. Mana klimaksnya. Kita cuma boleh bersedia je. Tapi kalau dah 24 jam cintan cintun macam mana kau nak daki menara gading dek oii . 

Dahlah . Tu je kot nak cerita . Lagi satu . 
Aku nak buat usulan .
Aku ni tak adalah hebat mana dalam berkarya. Tapi, kalau korang nak aku kongsikan tu, bagitahulah . Kalau ramai insyaallah . setakat nurinn sorg, tak apalah ye . hehehe . bye . assalamualaikum.

p/s : Buat apa-apa tu biar niat yang betul . Mana2 kita pergi, jangan sesekali nak kurang ajar . You relfect your parent . Ingat tu . Jangan jatuhkan maruah orang tua kita . 


No comments:

Post a Comment