Saturday, November 9, 2013

Islam pada nama kah ?

Assalamualaikum ;)

Korang pekabo ? Sihat ? Alhamdulillah . Hari cuti yanh cukup bosan nak tunggu orang ketuk pintu panggil turun bawah breakfast . Tapi ... mcm buang tebiat pulak pukul 7.30 dah bangun siap breakfast . Family aku ni pulak jenis yg mmg bangun semua lambat2 . Yelah . Kata pun mak ayah kerja bank . Mestilah penat kan . Lagi2 hari jumaat . Semalam aku tak perasan pun mak ayah aku balik . Biarlah . Diorg kerja pun untuk aku jugak . Mcam tak tahu . Aku kan kaki mintak macam2 . Hehe . Takdelah .

Sebenarnya apa yang aku bebelkan tu tak masuk lagi topik hangat kita pada pagi ini . So , tadi aku pergilah jelajah sana sini . Nama pun bosan kan . Tgk instagram kokpin aka fynnjamal . Seronok aku tgk dia anak beranak . Bahagia . Tapi itu apa yang aku nampak dari mata kasarlah . Jalan hidup dia , siapa tahu kan .

Dah tu , aku pergilah site mana ntah . Baca pasal huru hara kat mesir . Aduii . Aku ni kalau bab perang2 antara agama ni memang sayu sikit . Masa ni lah murah je air mata aku nak ngalir laju cam niagara falls . Yelah . Bila dah baca , mulalah hati ni dihambat rasa bersalah . Nak tolong , tapi hanya mampu berdoa . Tapi , doa pun okaylah kan . Doa kan senjata terhebat orang islam . Kau hado ? Hehe .

Kadang2 terpikir . Kenapa ehh manusia ni tak puas hati sikit je perang . Tak puas hati je perang . Yang lagi peliknya , selalu orang islam lah yang jadi mangsanya . Lepastu boleh pulak elok2 dia panggil kita ni terrorist . Allahu akbar . DemiMu Tuhan , kukentalkan jiwa menelan segala kata2 nista yg ditabur media yahudi . Oii . Pedih hati ni . Macam nak pecah dada aku . Lagi2 bila agama kita dibuat main2 . Memang dari luarnya aku ni macam tak layak je nak bebel2 pasal ni kan . Tapi aku pun beragama . Agama aku Islam . Cakaplah jahat mana sekalipun orang tu , kalau ada secebis iman dalam diri, tak kisahlah yg masih berdansa kat kelab malam , tekak tiap malam basah dgn arak , rambut free hair kaler2 , hotpants tak nak lepas , ... Tapi bila agama kami dihina , takkan kami duduk diam macam tunggul kayu . Mesti naik darah jugak . Mesti rasa nak terbalikkan je meja2 depan mata . Rasa macam nak amek baseball bat pecahkan kereta orang . Kalau boleh rasa macam nak beli tiket flight g mesir join perang .

Tapi dah kata pun masyarakat malaysia . Pemikiran cetek kalah swimming pool kanak2 . Bila org yg jenis2 aku senaraikan kat atas tu nak bela agama sendiri, mulalah "sejak bila kau jadi alim ni?" "Kau kan tiap hari g club. Sejak bila kau kisah benda2 ni semua?" "Kau kan tak pakai tudung, ada hati nak cakap agama"

Macam manalah diorang tu nak ubah kalau dah dicerca sebegitu rupa -.-
Bengang.

Moga Allah selamatkan saudara sesama islam kita kat mesir . Moga Allah tumpaskan musuh kita . Moga saudara kita di sana akan merasai hidup aman damai macam kita di malaysia . Insyaallah .
Hasbi rabbi . Aku hanya perlukan Allah .

No comments:

Post a Comment