Friday, December 13, 2013

Just a normal update and a message for deary crush

Assalamualaikum :)


duckface attempt-- fail


Wow. Cepat betul masa berlalu. Tiba-tiba nak naik sekolah lagi dua minggu -.- Yay -..- Overall cuti ni seronok. Aku seronok sebab dapat spend time dengan me bithces. Muehehe. I really hope this won't end. I miss them being around nanti. Urgh. Tahun depan Form 5. I know most of you rasa form 5 lah paling best dalam hidup. But not for me. No no no.

Dengan nak hadap budak tak cukup matang ponteng semata2 nak berdating. Urgh. Pedih mata. Dengan nak hadap 5 uthm yang maha bising dan kaki nganjing cikgu tak ada tanda hormat langsung, lawak hambar, tapi bila cikgu suruh baca suara macam sampah aku tak dengar. Kerja kumpulan yang aku rasa tak relevan dan aku rasa macam nak angkat tangan mintak nak buat kerja sorang2. Sesetengah cikgu yang memang tak paham kalau aku keluar kelas tu maknanya aku pergi tolong cikgu bukan ponteng. Lepastu markah rendah salahkan aku suka keluar kelas -.- Dengan batch aku yang... tak tahulah nak kata apa. Malas ahh malas. Korang pun tahu. Oh. Yes. Itu yang aku kena hadap selama satu tahun lagi.

Malas nak cerita pasal tu. Cuti ni aku asyik lepak dengan Fatini ngn Hidayah je. Habistu, diorang je rumah dekat lepas tu senang nak ajak rebel xD Bila dah duduk sama-sama memang ada je plan kitorang xD Memang ada. Tapi, kitorang kan remaja. We're just living our life. Tak kan nak duduk dalam rumah tengok drama marathon cerita Setia Hujung Nyawa kan xD Hahahha.

We did a lot of illegal (di sisi parents) things this holiday. Yelah, mak ayah kerja, kitorang pun merayap keluar. Bila diorang balik, kitorang masih tak balik xD Haih. I REALLY wish that I have a car. Senang hidup aku woi! Tak payah nak keluar senyap2 naik 'public' transport. Hahaha.

Masa tengah lepak, ajak sekali Fakhrul. Kitorang baru sedar, keempat-empat kami macam tak meninggi sejak darjah enam xD Pastu cerita pasal orang lain semua dah berubah. Dah tinggi, muka cengkung, makin kurus. Kitorang? Hahaha xD Kelakar ahh. Mana tak. Masa darjah 6 je dah tinggi. Nak tinggi mana lagi. Bila cerita pasal benda2 dulu, rasa nak ketawa terbahak2 sebab dulu sangat jahiliyah. Sangat drama. Lol. Kerja asyik gelak je malam tu. Pastu, cerita pasal ada jugak kawan lupa kawan. Sedih. Sedih. SEDIH! Haih. Pastu aku boleh pulak tersembur air. Habis karpet pondok tu. Memalukan -.-

I really miss everything. Moga cepatlah berlalu 2014. Lepas tu kita bebas. Kita dah boleh pergi vacation sama2 xD Like a baauuusss!! Bye, muah ;*

p/s: Kerush, lama aku tak jumpa kau. Kau kat manalah agaknya. May Allah send you my rindu. Damn x)

No comments:

Post a Comment