Wednesday, December 18, 2013

Mungkin satu hari nanti?


Sumpah.
Aku takut.

Tapi aku manusia biasa. Selalu khilaf, tenggelam dalam penipuan duniawi. Aku pun macam orang lain. Bila ditadah cerita-cerita azab kubur, aku insaf. Tapi insaf aku cuma sekejap. Esok pagi, celik mata, semuanya kembali normal. Solat terumbang-ambing. Tunggu nak akhir waktu baru nak gopoh-gapah capai sejadah. Suka pandang remeh. Padahal banyak kali kena nasihat; solat adalah perkara pertama yang akan dihisab- Fatini. Tetap jugak macam ni. Tudung? Tak payah cakap. Kejap pakai kejap bukak. Aku mengaku. Yang kenal aku pun tahu. 

Padahal aku tahu-- siksa azab kubur tu tidak terperi sakit dia. Tak terbayang dek manusia. 
Bila orang tanya kalau boleh pilih syurga ke neraka?-- laju jawab syurga.
Tapi bila reflect diri, aku memang tak layak. 

Aku sayang betul kawan-kawan aku. Diorang tahu aku macam ni tapi diorang tak pernah ungkit. Tak pernah perli. Diorang jaga hati aku. Walaupun kalau diorang nasihat aku, aku tak kisah sebab aku tahu benda tu betul. Tapi diorang tahu. Aku dah besar. Patutnya pandai-pandai akulah jaga diri. 

Kalau aku diberi satu permintaan, aku nak sangat berubah. Nak sangat. Tapi, itulah. Kalau aku cerita pun korang takkan paham. 

Moga satu hari hidup ini akan kuhabiskan dengan beribadah kepadaNya. Memang itu sebetulnya tujuan hidup. Aku je yang masih lagi buta meraba-raba kearah kesesatan. Satu hari nanti, jika diizinkan Allah, hadirlah seseorang dalam hidup aku-- sedia bimbingi aku bertatih ke jalan keredhaanMu. Mencari erti sebenar kehidupan. Bukan takat kemewahan dunia, tetapi mencari nikmat syurga. Insyaallah.











No comments:

Post a Comment